MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Isu Penjualan Telur Tiruan Di Pasaran Tempatan
Penerangan

 JATA.gif

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR Y.B MENTERI KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

ISU PENJUALAN TELUR TIRUAN DI PASARAN TEMPATAN

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin membuat kenyataan susulan berhubung isu “telur tiruan” yang disiarkan dalam media-media utama pada 7, 8 dan 11 April 2011.

 

KKM telah menjalankan siasatan untuk memastikan kesahihan isu tersebut dengan mengambil empat (4) sampel telur yang didakwa telur tiruan di Pulau Pinang. Sampel-sampel telur tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan ketulenannya. Berdasarkan keputusan analisis, didapati kandungan protein sampel telur tersebut adalah sama dengan telur ayam. Analisis DNA mengesahkan sampel telur tersebut adalah telur ayam.

 

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Menerusi penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yang masuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.

 

KKM berharap orang ramai tidak perlu risau dan memohon kerjasama untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my.

 

 

 

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

11 April 2011

Ditambah pada 24-04-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran