Tajuk | Situasi Semasa Influenza A (H5N1) | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA INFLUENZA A (H5N1)
Penyakit influenza A (H5N1) adalah penyakit zoonotik yang merebak daripada unggas kepada manusia. Setakat ini, tiada jangkitan antara manusia ke manusia dilaporkan. Untuk tahun 2011 (sehingga 26 Ogos 2011), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat 49 kes (25 kematian) di kalangan manusia di empat (4) buah Negara seperti berikut: Mesir 32 kes (12 kematian), Cambodia 8 kes (8), Indonesia 7 kes (5) dan Bangladesh 2 kes (0).
Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya telah bersedia menghadapi sebarang kejadian pandemik influenza melalui National Influenza Pandemic Preparedness Plan (NIPPP) sejak dari tahun 2006 lagi. Melalui pemantauan ke atas pesakit influenza yang melibatkan sejumlah 507 fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta seluruh negara, dimaklumkan bahawa tiada kejadian luar biasa influenza A dilaporkan. Sehingga kini tiada kejadian kes Influenza A (H5N1) di kalangan manusia dikesan di Malaysia.
Pada masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPVM) melalui pemantauan di seluruh negara mengesahkan tiada sampel yang positif Influenza A (H5N1) di kalangan unggas sejak tahun 2007.
Sebagai langkah pencengahan dan kawalan influenza, kami menasihat semua orang awam supaya:
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 5 September 2011 |
|||||||||||||||||||||||||
Ditambah pada | 05-09-2011 04:00:00 | |||||||||||||||||||||||||