Tajuk | Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia - Makluman Latihan Simulasi Kebangsaan “Avian Flu Simulation Exercise 2011†| ||||
---|---|---|---|---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA
MAKLUMAN LATIHAN SIMULASI KEBANGSAAN
“AVIAN FLU SIMULATION EXERCISE 2011”
Kementerian Kesihatan Malaysia bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan mengadakan Latihan Simulasi Kebangsaan 2011 yang berkaitan dengan wabak Avian Influenza (AI) di Muar, Johor pada 21 September 2011.
Latihan simulasi ini merupakan salah satu langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kejadian wabak AI dalam negara. Tujuan utama latihan simulasi ini ialah untuk menguji kesiapsiagaan, kesefahaman garis panduan, serta pengendalian komunikasi risiko agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi keadaan wabak AI.
Aktiviti bersama ini juga menggambarkan kerjasama erat kedua-dua agensi kerajaan terbabit dalam menangani ancaman krisis kesihatan awam selaras dengan konsep One Health yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) serta Pertubuhan Makanan Sedunia (FAO). Hasil penilaian latihan simulasi ini akan digunakan bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan krisis agensi-agensi berkaitan bagi memastikan kesihatan awam dan kepentingan negara terpelihara.
Sekian, terima kasih.
|
||||
Ditambah pada | 14-09-2011 04:00:00 | ||||