Tajuk | Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Ogos 2011 |
---|---|
Penerangan | KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN OGOS, 2011. ________________________________________________________
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam untuk kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan Ogos, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.
1). Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 776 kompaun yang bernilai RM 361,100.00 telah dikeluarkan dengan purata RM465.34 tiap kompaun. Sejumlah 139 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah, dan dalam masa yang sama 44 kes telah diselesaikan oleh mahkamah dimana sejumlah RM18,554.00 denda dikenakan, iaitu purata dengan RM421.68 tiap denda. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Ogos tahun 2011 keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sejumlah 9,333 yang bernilai RM3,963,440.00. Sejumlah 1,212 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 794 kes telah diselesaikan oleh mahkamah di mana sejumlah RM159,464.00 denda telah dikenakan.
2). Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004) daripada 2,421 lawatan pemeriksaan, sejumlah 747 kompaun bernilai RM 207,905.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM278.32 tiap kompaun. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Ogos tahun 2011, daripada 44,227 lawatan pemeriksaan, sejumlah 8,763 kompaun telah dikeluarkan bernilai RM1,981,965.00.
Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia September 2011 |
Ditambah pada | 21-09-2011 04:00:00 |