MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Bil.3/2010 Operasi Penguatkuasaan Di Premis Larangan Merokok dan Orang Belum Dewasa Yang Merokok
Penerangan
 JATA.gif

 

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH  MALAYSIA

Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel    :603-8883 2545
Faks    :603-8889 5542
E-mail    :ismailmerican@moh.gov.my


KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

Operasi Penguatkuasaan

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Bil.3/2010

Operasi Penguatkuasaan Di Premis Larangan Merokok dan Orang Belum Dewasa Yang Merokok

 

Pada 10 Ogos 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan satu lagi operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 peringkat kebangsaan yang memberi tumpuan terhadap kesalahan merokok di premis Larangan Merokok  di bawah peruntukan Peraturan 11, PPKHT 2004. Operasi ini turut mensasarkan orang belum dewasa yang merokok, membeli atau memiliki rokok dengan melakukan pemeriksaan ke kawasan tumpuan mereka selepas sesi persekolahan.

 

          Daripada 2,112 buah premis yang telah diperiksa, 296 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan jumlah nilai kompaun sebanyak RM 64,900.00. Daripada jumlah tersebut, 170 kes merupakan kesalahan merokok di kawasan larangan merokok di mana 39 kes dikesan di stesyen bas, 35 di mahkamah, 33 di kompleks membeli belah, 23 di stesyen minyak, 18 di hospital dan klinik, 15 di premis kerajaan, 5 di lapangan terbang dan bakinya di pusat hiburan. Seramai 88 orang belum dewasa telah dikompaun kerana kesalahan merokok atau memiliki rokok dan 74 daripada mereka ditangkap di luar kawasan sekolah. Selain daripada itu, 11 orang peniaga telah dikompaun di atas kesalahan menjual rokok kepada orang belum dewasa dan bakinya 27 kompaun adalah di atas pelbagai kesalahan lain. Pecahan hasil operasi adalah seperti di Lampiran 1.

 

          Mana-mana orang yang melakukan kesalahan merokok di premis larangan merokok di bawah Peraturan 11, PPKHT 2004 akan dikompaun sebanyak RM 250.00 dan perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari. Sekiranya mereka gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang dinyatakan, kes akan didaftar di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM 10,000.00 atau dipenjara sehingga tempoh 2 tahun.

 

          Bagi orang belum dewasa yang melakukan kesalahan merokok atau memiliki rokok di bawah Peraturan 13, PPKHT 2004 akan dikompaun sebanyak RM 50.00 dan perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari. Sekiranya mereka gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang dinyatakan, tindakan mahkamah akan diambil dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM 1,000.00.

 

          Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi penguatkuasaan PPKHT peringkat kebangsaan secara bertema ini dari masa ke semasa bagi melindungi kesihatan orang awam serta meningkatkan kesedaran golongan perokok supaya menghormati hak orang lain yang tidak merokok khasnya di tempat-tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

 

          Dalam tempoh Januari hingga Jun 2010, sebanyak 29,206 buah premis telah diperiksa oleh penguatkuasa kesihatan awam dengan 10,699 notis kesalahan telah dikeluarkan, iaitu meningkat 67% berbanding tempoh yang sama tahun 2009 (6,410), sebanyak 5,668 kompaun juga telah dikeluarkan iaitu meningkat 35% berbanding tempoh yang sama 2009 (3,454). Disamping itu, sebanyak 3,468 kes telah didaftar ke mahkamah dengan 319 orang telah dijatuhkan hukuman dengan nilai denda berjumlah RM 65,800.00.

 

          Orang ramai yang ingin membuat laporan tentang kesalahan merokok boleh menghubungi talian Infoline KKM 03-88834400 atau mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.

 

Terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN)

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

18 Ogos 2010

 

 Lampiran 1

 

HASIL OPERASI PENGUATKUASAAN PPKHT 2004 DI KAWASAN LARANGAN MEROKOK DAN ORANG BELUM DEWASA YANG MEROKOK

 

Jumlah Tempat / Premis Yang Diperiksa

 

2,112

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan

 

296

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 11(1) – Merokok di tempat yang dilarang merokok

 

170

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 13(1) – Orang Belum Dewasa yang merokok, membeli atau memiliki rokok

 

88

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 14(1) – Tidak mempamerkan tanda larangan jualan Hasil Tembakau kepada Orang Belum Dewasa

 

18

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 8(1) – Kesalahan menjual rokok kepada Orang Belum Dewasa

 

11

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 9(1) – Menjual Hasil Tembakau secara sebatang-sebatang atau dalam paket yang terbuka

 

5

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 12(1)(a) – Gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis larangan merokok

 

3

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 12(1)(b) – Gagal memastikan tiada seorang pun merokok dalam premis atau kenderaan

 

1

Jumlah Nilai Kompaun Yang Dikenakan

 

RM 64,900

 

Ditambah pada 19-08-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran