MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 4/2010 "Ops KL (Kiddy Pack & Loose Stick)"
Penerangan
 JATA.gif

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
  MINISTRY OF HEALTH  MALAYSIA

Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel    :603-8883 2544
Faks    :603-8889 5601
E-mail    :hasar@moh.gov.my


 

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Siri 4/2010 ’Ops KL (Kiddy Pack & Loose Stick)’ : Operasi Larangan Penjualan Paket Rokok Kurang Daripada 20 Batang Rokok Dan Rokok Dalam Paket Yang Telah Dibuka

 

 

Pada 28 September 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 peringkat kebangsaan bagi siri keempat tahun 2010. Operasi ini bertemakan larangan penjualan paket rokok kurang daripada 20 batang rokok dan larangan penjualan rokok dalam paket yang telah dibuka, iaitu penjualan rokok secara sebatang-sebatang (loose stick).

 

          Daripada 4,007 buah premis yang telah diperiksa, sejumlah 314 kompaun dan notis kesalahan telah dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan di bawah PPKHT 2004. Daripada jumlah tersebut, Seramai 163 orang peniaga telah dikompaun RM 500.00 setiap orang di atas kesalahan menjual rokok dalam paket yang telah dibuka (penjualan rokok secara sebatang-sebatang) yang membawa kepada jumlah nilai kompaun sebanyak RM 81,500.00 manakala 7 orang peniaga telah dikenakan notis kesalahan kerana menjual paket rokok kurang daripada 20 batang rokok dan 4 orang peniaga telah dikenakan notis kesalahan kerana menjual paket rokok tanpa cetakan Amaran Kesihatan Bergambar. Kesemua paket rokok kurang daripada 20 batang rokok dan tanpa cetakan Amaran Kesihatan Bergambar tersebut didapati merupakan rokok seludup dan peniaga-peniaga tersebut akan didakwa di mahkamah dan sekiranya didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun. Hasil daripada operasi ini, sebanyak 200 paket rokok kurang daripada 20 batang rokok bersama 88 batang rokok yang dijual secara sebatang-sebatang dengan jumlah nilai pasaran sebanyak RM 716.10 telah dirampas daripada 14 premis yang terlibat. Disamping itu, seramai 6 orang peniaga juga telah dikenakan kompaun minimum RM 500.00 kerana menjual rokok dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok atau memberi promosi harga.

 

Selain daripada kesalahan yang disasarkan seperti di atas, sebanyak 134 kompaun juga telah dikeluarkan terhadap mereka yang melakukan pelbagai kesalahan lain di bawah PPKHT. Pecahan hasil operasi adalah seperti di Lampiran 1.

 

          Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi penguatkuasaan PPKHT peringkat kebangsaan secara bertema ini dari masa ke semasa bagi melindungi kesihatan orang awam serta meningkatkan kesedaran orang awam dan para peniaga tentang peruntukan–peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

 

          Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2010, sebanyak 35,972 buah premis telah diperiksa oleh penguatkuasa kesihatan dengan 12,899 notis kesalahan telah dikeluarkan, iaitu meningkat 59% berbanding tempoh yang sama tahun 2009 (8,107). Sebanyak 7,450 kompaun juga telah dikeluarkan iaitu meningkat 63% berbanding tempoh yang sama 2009 (4,560) dengan jumlah nilai kompaun dikeluarkan sebanyak RM 1,560,789.00. Disamping itu, sebanyak 4,411 kes kesalahan telah didaftar ke mahkamah dengan 489 orang telah dijatuhkan hukuman dengan jumlah nilai denda mahkamah berjumlah RM 121,460.00.

 

          Orang ramai yang ingin membuat laporan tentang kesalahan penjualan rokok atau kesalahan merokok boleh menghubungi talian Infoline KKM 03-88834400 atau mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.

 

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

8 Oktober 2010

 

 

 

 

Lampiran 1

 

 

HASIL OPERASI PENGUATKUASAAN PPKHT 2004 ’OPS KL (KIDDY PACK & LOOSE STICK)’ : LARANGAN PENJUALAN ROKOK DALAM PAKET YANG TELAH DIBUKA DAN PAKET ROKOK KURANG DARIPADA 20 BATANG ROKOK

 

 

Jumlah Tempat / Premis Yang Diperiksa

4,007

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan

314

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 9(1) – Menjual Hasil Tembakau secara sebatang-sebatang atau dalam paket yang terbuka

163

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 16(1) – Menjual rokok dalam paket kurang daripada 20 batang rokok

7

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 15(1) – Menjual paket rokok tanpa cetakan Amaran Kesihatan Bergambar

4

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 8B dan 8D – Menjual rokok dengan harga di bawah daripada Harga Minimum Rokok atau memberi promosi harga

6

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 14(1) – Tidak mempamerkan tanda larangan jualan Hasil Tembakau kepada Orang Belum Dewasa

28

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 12(1)(a) – Gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis larangan merokok

26

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 8C(2) – Tidak mempamerkan Notis Harga Minimum Rokok

24

 

 

 

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 11(1) – Merokok di tempat yang dilarang merokok

23

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 13(1) – Orang Belum Dewasa yang merokok, membeli atau memiliki rokok

22

Jumlah Notis Kesalahan Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 4(1) – Kesalahan pengiklanan hasil tembakau

9

Jumlah Kompaun Yang Dikeluarkan Di Bawah Peraturan 15C – Menghalang Amaran Kesihatan Bergambar daripada penglihatan

2

 

Ditambah pada 11-10-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran