MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Isu Penggunaan Bahan Pengawet Yang Tidak Dibenarkan Di Dalam Produk Mi Segera Indomie Di Pasaran Taiwan
Penerangan

 JATA.gif

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

ISU PENGGUNAAN BAHAN PENGAWET YANG TIDAK DIBENARKAN DI DALAM PRODUK MI SEGERA INDOMIE DI PASARAN TAIWAN

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan berhubung perkara di atas yang disiarkan di dalam laman web http://news.pts.org.tw/ pada 9 Oktober 2010. Laporan tersebut adalah mengenai pihak berkuasa Taipei Country Health Bureau yang telah mengesan kehadiran hydroxyl benzoic acid methyl ester  di dalam sos soya yang merupakan salah satu perencah di dalam produk mi segera Indomie yang diimport dari Indonesia.

 

Mengikut undang-undang Taiwan, bahan pengawet tersebut dibenarkan pada paras tidak melebihi 250 mg/kg dalam sos soya perencah mi segera. Malaysia tidak membenarkan penggunaan bahan pengawet tersebut di dalam produk berkenaan selaras dengan standard yang ditetapkan oleh Codex Alimentarius Commission.

 

Hydroxyl acid methyl ester adalah bahan pengawet yang dibenarkan oleh Codex Alimentarius Commission bagi makanan terhad seperti snek dan sebagainya pada paras di antara 300 hingga 500 mg/kg. Manakala di negara-negara Eropah dan Kanada telah membenarkan penggunaan bahan pengawet tersebut dalam pelbagai jenis makanan seperti jeruk, marmalade, preserved fruit dan lain-lain pada paras di antara 300 hingga 1000 mg/kg. Taiwan, Singapura dan Brunei Darussalam membenarkan penggunaan bahan pengawet tersebut dalam pelbagai jenis makanan termasuk sos soya pada paras di antara 120 hingga 1000 mg/kg.

 

Mengikut penilaian Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives  (JECFA), bahan pengawet ini mempunyai Acceptable Daily Intake (ADI) atau amaun yang boleh dimakan sehingga 10  mg/kg berat badan sehari tanpa memberi apa-apa kesan kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Justeru, bahan pengawet ini adalah selamat untuk digunakan dalam makanan mengikut had yang telah ditetapkan.

 

KKM telah menjalankan pemantauan ke atas mi segera Indomie yang  diimport dari Indonesia di pintu masuk dan di pasaran tempatan. Sehingga 13 Oktober 2010, KKM telah mengambil 77 sampel mi segera tersebut untuk analisis bagi hydroxyl benzoic acid methyl ester  . Keputusan analisis telah diperolehi daripada 30 sampel di mana semuanya adalah negatif.

 

Daripada keputusan pemantauan ke atas bahan pengawet ini, KKM ingin menyakinkan pengguna bahawa penggunaannya tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan.

KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas penggunaan bahan pengawet ini dalam makanan terutamanya produk-produk makanan yang diimport.

 

Y.B. Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan Malaysia

13 Oktober 2010

 

Ditambah pada 13-10-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran