MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Recall of Paris Creek Cheese (Gouda and Norwegino) From Australia
Penerangan

 JATA.gif

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

RECALL OF PARIS CREEK CHEESE (GOUDA AND NORWEGINO) FROM AUSTRALIA

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil maklum kenyataan akhbar Sydney Morning Herald dan laporan Australian Competition & Consumer Commission melalui laman sesawang : http://www.recalls.gov.au/content/index.phtml/itemId/996451 bertarikh 19 Oktober 2010 berkenaan isu penarikan balik produk keju Paris Creek Cheese Norwegino, Paris Creek Cheese Gouda, Paris Creek Cheese Tilsit dan Paris Creek Cheese Cheddar yang dikeluarkan oleh Syarikat B.-d Paris Creek Pty Ltd di Selatan Australia dari pasaran Singapura dan Australia kerana dikesan tercemar oleh Listeria monocytogenes.


KKM telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi Syarikat B.-d Paris Creek Pty Ltd di Australia dan wakil syarikat telah memaklumkan bahawa tiada pengeksportan produk terbabit ke Malaysia. Ini telah disahkan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM). Walau bagaimanapun KKM telah mengenakan tindakan pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas) di semua pintu masuk untuk analisa Listeria monocytogenes sekiranya produk terlibat diimport ke negara ini dari negara lain.

 

Bermula 1 Julai 2008, KKM telah mengenakan keperluan Sijil Kesihatan dan Sijil Analisis bagi Listeria monocytogenes oleh negara pengeluar bagi semua produk keju yang diimport ke negara ini. Daripada pemantauan yang dijalankan, sebanyak 44 produk keju telah disampel dan kesemuanya mematuhi dan tidak dikesan mengandungi Listeria monocytogenes.


Pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan yang dikenali sebagai listeriosis. Listeriosis boleh menyebabkan demam kuat, sakit kepala yang teruk, kekejangan pada leher dan loya (nausea). Wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah adalah tergolong dalam kumpulan berisiko. Wanita mengandung yang dijangkiti bakteria ini boleh mengalami keadaan seakan selesema yang ringan. Walau bagaimanapun, jangkitan ketika mengandung boleh menyebabkan kelahiran pramatang, jangkitan pada bayi yang dilahirkan ataupun bayi mati dalam kandungan (stillbirth).


KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yang masuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung aktiviti kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang dijalankan oleh KKM di laman web http://fsq.moh.gov.my.



Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN

22 Oktober 2010

Ditambah pada 22-10-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran