MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Hospital Swasta Digesa Melaksanakan Inisiatif Hospital Rakan Bayi
Penerangan

 JATA.gif
 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

 

Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di hospital swasta di negara ini sangat mendukacitakan. Ini kerana daripada 195 buah hospital swasta yang mempunyai perkhidmatan bersalin, hanya enam buah (3%) hospital yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Pencapaian ini sangat rendah berbanding di hospitaI kerajaan, di mana 127 atau 95% daripada 134 buah hospital kerajaan telahpun mendapat pengiktirafan ini. Inisiatif Hospital Rakan Bayi sepatutnya boleh dilaksanakan di semua hospital swasta memandangkan ia telah dilaksanakan dengan jayanya di 6 buah hospital swasta semenjak 1998 lagi.  

 

Untuk diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi, hospital hanya perlu melaksanakan 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO). Maklumat lanjut mengenai Sepuluh Langkah ini boleh diketahui melalui laman web www.nutrition.moh.gov.my.

 

Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi dapat menyediakan persekitaran yang menyokong ibu-ibu untuk mengamalkan penyusuan susu ibu. Di Hospital Rakan Bayi, ibu-ibu akan diberi maklumat yang tepat dan dibantu oleh anggota kesihatan yang terlatih untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di hospital swasta pasti dapat meningkatkan peratus bayi yang diberi susu ibu sahaja sehingga berumur enam bulan. Ini kerana bilangan bayi yang dilahirkan di hospital swasta adalah melebihi 63,000 orang setahun. Peratus bayi yang diberi susu ibu sahaja sehingga berumur enam bulan pada ketika ini adalah sangat rendah iaitu hanya 14.5%.

 

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menggesa semua hospital swasta di Malaysia melaksanakan Inisiatif Hospital Rakan Bayi mulai tahun 2011 ini. Hospital-hospital swasta yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-88834086 atau menghubungi mana-mana Jabatan Kesihatan Negeri.

 

TAN SRI DATO' SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Ditambah pada 15-02-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran