19 Mei 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah bagi meninjau kemajuan kerja bagi Projek Pembinaan Bangunan Tambahan di hospital ini.
Hospital Sultanah Maliha ini berusia 105 tahun (beroperasi pada tahun 1915) dan bangunan sedia ada pula berusia 29 tahun sejak tahun 1995. Antara bidang kepakaran yang disediakan ialah ortopedik, radiologi, psikiatri, kecemasan dan trauma, patologi dan juga O&G.
YB Menteri Kesihatan juga telah diberikan taklimat berhubung pengoperasian hospital dan keadaan semasa kemudahan-kemudahan sedia ada di hospital ini. Di samping itu, beliau juga turut melawat ke ICU dan Unit Forensik di hospital tersebut.
Turut hadir YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Dato’ Ir. Haji Badiozaman Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pembangunan), Jabatan Kerja Raya (JKR), YBrs. Tuan Haji Zairi Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan) KKM, YBrs. Ir. Shukri Ishak, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan JKR, YBrs. En. Noor Azman Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia) KKM, YBrs. Dr. Farique Rizal Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKN Kedah dan YBrs. Dr. Akmal Naziah Dato’s Haji Ahmad, Pengarah Hospital Sultanah Maliha.
Kemaskini pada 2024-05-24 10:29:59 daripada UKK Norhanita