MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SULTAN DAN SULTANAH KEDAH BERKENAN MENCEMAR DULI MELAWAT KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL SULTANAH MALIHA, LANGKAWI, KEDAH.

20 Mei 2024- Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Kedah Darul Aman telah berkenan mencemar duli melawat ke tapak Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah.

KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah diiringi oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.

Tujuan utama pembinaan bangunan tambahan di hospital ini adalah untuk meningkatkan bilangan perkhidmatan kepakaran bagi mengurangkan kebergantungan dan rujukan pesakit ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan hospital-hospital utama lain yang melibatkan proses pemindahan pesakit yang rumit. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi menyiapkan projek ini.

Bangunan tambahan ini akan meningkatkan bilangan katil tambahan sebanyak dua (2) kali ganda iaitu daripada 110 katil kepada 330 katil, bagi menampung populasi penduduk Pulau Langkawi yang berkembang serta kehadiran pelancong yang semakin meningkat. Projek ini turut melibatkan pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan juga kuarters kediaman kakitangan.

Turut hadir Duli Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Mohd Yusof Zakaria, Exco Kerja Raya Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor Zakaria, Exco Kesihatan Negeri Kedah, YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM dan ahli-ahli pengurusan tertinggi KKM, KKR, Kerajaan Negeri dan Daerah Kedah.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-24 13:58:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page