MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM PRA-PELANCARAN PEMBERIAN IMUNISASI HPV CATCH-UP KEPADA MURID PEREMPUAN TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUSAT BANDAR PUCHONG 1.

21 Mei 2024-YB. Dato Lukanisman bin Awang Sauni telah menyempurnakan Program Pra-Pelancaran Pemberian Imunisasi HPV Catch-Up kepada murid perempuan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1.

Program ini adalah simbolik bagi memaklumkan kepada ibu bapa dan masyarakat yang prihatin bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperoleh bekalan vaksin HPV untuk diberi kepada golongan tersebut melalui pasukan kesihatan sekolah. Selain daripada 200 orang murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 yang menerima suntikan imunisasi HPV, aktiviti ini turut dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara.

Malaysia telah memulakan Program Imunisasi HPV bermula tahun 2010 iaitu 14 tahun yang lalu di mana murid perempuan Tingkatan 1 atau remaja perempuan berusia 13 tahun ditawarkan dengan imunisasi HPV. Setiap murid perempuan hanya perlu menerima satu dos vaksin sahaja. Objektif program ini adalah bagi melindungi remaja perempuan daripada jangkitan HPV yang menyebabkan kanser serviks.

Bermula tahun 2010 sehingga 2020, KKM secara purata berjaya memberi imunisasi HPV kepada lebih 90% murid perempuan Tingkatan 1 pada setiap tahun. Sehubungan dengan itu, KKM telah mempergiatkan aktiviti pelaksanaan pemberian imunisasi HPV catch-up kepada murid yang belum menerima sebarang imunisasi HPV sebelum mereka meninggalkan alam persekolahan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Tuan Zainal Abas, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Teknologi Pendidikan (menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan-Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Dr. Ummi Kalthom Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBrs. Tuan Hj. Mohd Azuan Mohd Nawawi, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-05-24 14:04:50 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page