MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) LONG TERAN.

23 Mei 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan memulakan lawatan jelajah Borneo di Miri, Sarawak selama dua (2) hari dengan melawat lokasi pertama, iaitu Klinik Kesihatan (KK) Long Teran.

KK Long Teran telah beroperasi sejak 32 tahun yang lalu pada Oktober 1992. Pada awalnya, klinik ini dikenali sebagai Klinik Desa Long Teran yang beroperasi pada Januari 1986. Pada tahun 2007, bertukar nama ke KK Long Teran apabila bangunan baru siap dibina dan beroperasi.

Purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 10 hingga 20 orang. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah Unit Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Lawatan Ke Rumah (Home Visit), Lawatan Kesihatan Sekolah (School Health Services) dan Pusat Pemberian Vaksin.

YB Dato Lukanisman turut melawat sekitar klinik serta meninjau keadaan kuarters yang disediakan untuk petugas kesihatan. Beliau menyatakan bahawa penyediaan tempat tinggal atau kuarters yang kondusif dan selesa amat penting bagi petugas kesihatan dan secara langsung petugas dapat memberi perkhidmatan kesihatan yang baik kepada masyarakat setempat.

Turut hadir YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. P. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri dan YBrs. Encik Malang Lenjau, Pengerusi Panel Penasihat KK Long Teran.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-05-24 16:09:49 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page