MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) BELURU, SARAWAK

23 Mei  2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyambung Jelajah Borneo Siri 3 ke lokasi kedua, iaitu Klinik Kesihatan (KK) Beluru, Sarawak pada sebelah petang.

KK Beluru yang kini berusia 43 tahun telah dibuka secara rasminya pada April 1981. Klinik ini telah menyediakan perkhidmatan kesihatan meliputi populasi penduduk seramai 34,000 orang dengan kedatangan purata harian pesakit adalah seramai 80 hingga 90 orang sehari.

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah Unit Pesakit Luar, Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Unit Farmasi, Pusat Rawatan TB, Klinik Post-Bite, Perkhidmatan Kecemasan, Pre-Hospital Care Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Perawatan Domosiliari dan Perkhidmatan Berhenti Merokok.

YB Dato Lukanisman telah diberi taklimat oleh Dr. Shereen Kho Ruo Qian, Pegawai Perubatan Kesihatan Kawasan Berluru serta dibawa melawat ke sekitar kawasan klinik dan turut melawat kuarters petugas kesihatan. Beliau turut meluangkan masa menyantuni petugas kesihatan dan juga beramah mesra dengan pesakit yang sendang menunggu giliran mendapat perkhidmatan kesihatan di KK Berluru.

Turut hadir YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam) dan YBrs. Dr. P. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-24 16:16:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page