MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) TUN ABANG HAJI OPENG, SARAWAK

23 Mei 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni mengakhiri Jelajah Borneo Siri 3 pada hari pertama ke Klinik Kesihatan (KK) Tun Abang Haji Openg, Sarawak pada sebelah petang.

KK Tun Abang Haji Openg Jenis 5 kini berusia 51 tahun dan telah ditubuhkan pada Januari 1973. Klinik ini memberi perkhidmatan kesihatan kepada populasi penduduk seramai 11,000 orang dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 100 - 150 orang sehari.

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah Jabatan Pesakit Luar, Kesihatan Warga Emas, Klinik Psikiatri, Klinik Tibi dan Kusta, Klinik Berhenti Merokok dan Saringan Peka B40. Bagi perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak pula merangkumi Penjagaan Antenatal, Penjagaan Posnatal, Kesihatan Kanak-kanak dan Imunisasi, Perkhidmatan Bersalin, Perancangan Keluarga, Klinik Ibu Tunggal, Klinik Rakan Bayi dan Program Imunisasi COVID-19.

YB Dato Lukanisman dibawa melawat ke sekitar kawasan klinik, kuarters petugas kesihatan dan sempat meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan klinik dan pesakit yang sedang menunggu giliran di KK tersebut.

Turut hadir YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Rohani Mat Bah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. P. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri dan YBrs. Dr. Sharanjit Kaur Autra Singh, Pegawai Perubatan KK Tun Abang Haji Openg.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-24 16:23:04 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page