MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) LONG BEDIAN

24 Mei 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni telah meneruskan Jelajah Borneo Siri 3 pada hari kedua ke Klinik Kesihatan (KK) Long Bedian, Sarawak yang mengambil masa selama 4 jam melalui jalan darat.

KK Long Bedian berusia 34 tahun dan telah mula beroperasi pada November 1990.

KK Long Bedian memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 3,200 orang penduduk di sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 54 orang sehari. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah Unit Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Pasukan Kesihatan Sekolah, Pasukan Kesihatan Bergerak, Lawatan ke Rumah dan Pusat Vaksinasi.

YB Dato Lukanisman dibawa melawat ke sekitar kawasan klinik, kuarters petugas dan beliau sempat meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan klinik dan pesakit yang sedang menunggu perkhidmatan kesihatan di KK Bedian.

Turut hadir YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Tuan Banges Munga, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Pengurusan), YBrs. Dr. P. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, YBrs. Encik Jok Eng Jok, Pengerusi Panel Penasihat KK Long Bedian dan YBrs. Dr. Dolly Paya Michael, Pegawai Perubatan.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-30 16:29:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page