MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

ACARA LARIAN 'WALK THE TALK: HEALTH FOR ALL CHALLENGE' SEMPENA PERHIMPUNAN KESIHATAN SEDUNIA.

26 Mei  2024- Perhimpunan delegasi dari seluruh dunia sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia telah diadakan di Palais des Nations dan dimulakan dengan acara larian 'Walk the Talk: Health for All Challenge'.

YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama-sama seluruh delegasi Malaysia, warga diplomatik Malaysia ke Geneva serta warga Malaysia di Geneva telah menyempurnakan larian sejauh 3km.

Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk mempromosikan kepentingan gaya hidup sihat. Selain itu, perhimpunan ini memberi pendekatan bahawa seluruh umat manusia perlu bersatu di bawah payung kesamarataan insaniah dan semua golongan perlu dirai termasuk orang kurang upaya (OKU) mobiliti yang menggunakan kerusi roda, prosthesis atau alat bantuan lain.

Di kesempatan ini juga, Ketua Pengarah WHO, TYT Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus turut menyampaikan penghargaan kepada Paul Garwood, pengasas program larian ini.

Diharapkan agar pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat akan terus diperkasa di setiap lapisan masyarakat agar setiap rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada gaya hidup sihat.

Turut serta dalam perhimpunan tersebut adalah seluruh warga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Negara Anggota, atlet, kelab sukan tempatan, rakan kesihatan dan komuniti Geneva.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-31 09:11:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page