YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mempengerusikan Mesyuarat Pengesahan Kertas Pendirian Bersama tentang Rintangan Anti Mikrob (AMR) baru- baru ini di Geneva.
Kertas ini akan dibawa ke Mesyuarat peringkat tinggi pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada September ini.
AMR adalah suatu ancaman besar kepada kesihatan awam kerana banyak prosedur dan rawatan bergantung kepada antimikrob seperti antibiotik dan antivirus. AMR menyebabkan penyakit dan luka sukar dirawat, seterusnya berisiko menyebabkan kematian.
Baru-baru ini juga, YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan dialog dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Kesihatan berhubung perkara ini.
Dengan adanya pendirian bersama di peringkat global ini, usaha untuk memenangi AMR oleh setiap negara dan pemegang taruh akan lebih berfokus dan berkesan.
Kemaskini pada 2024-05-31 09:27:28 daripada UKK Norhanita