30 Mei 2024- YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. En Tim Graham, Naib Presiden, The Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd), YBhg. Dato’ Dr. Basheer Ahamed Abdul Kareem, Presiden Malaysian Association for Thoracic and Cardiovascular Surgery (MATCVS) dan YBhg Prof. Dato’ Dr. Hanafiah bin Harunarashid. Sesi kunjungan ini adalah untuk membincangkan mengenai latihan kepakaran laluan parallel (parallel pathway specialist training).
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan KKM, YBrs. En Mike Lewis, Pengerusi, Joint Committee on Intercollegiate Examinations (JCIE), YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Jeffrey Jeswant Dillon, Naib Presiden, MATCVS, YBrs. Prof Dr. Chan Kok Meng, Pengerusi bagi Chapter of Thoracic and Cardiovascular Surgery, College of Surgeons, Academy of Medicine Malaysia (CSAMM) dan YBhg. Dato' Dr. Mohd Hamzah Kamarulzaman, Pengarah Program (Cardiovascular Surgery).
Kemaskini pada 2024-06-06 10:27:15 daripada UKK Norhanita