MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TYT DR. CONRADIN CRAMER, PRESIDEN KERAJAAN NEGERI BASEL.

1 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah membuat kunjungan hormat kepada TYT Dr. Conradin Cramer, Presiden Kerajaan Negeri Basel. Kibaran Jalur Gemilang di bangunan Dewan Bandaraya adalah suatu penghormatan besar buat Malaysia.

Sebagai ketua kerajaan negeri, TYT Dr. Conradin Cramer mengalu-alukan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, berikutan Basel adalah pangkalan kepada beberapa gergasi farmaseutikal antarabangsa yang turut beroperasi di Malaysia.

Sebagai sebuah konfederasi, Basel dan negeri-negeri lain mempunyai autonomi termasuk dalam bidang kesihatan. Berdasarkan faktor tersebut, YB Menteri Kesihatan berhasrat untuk meneruskan perkongsian, terutamanya dari segi model pembiayaan kesihatan yang diamalkan di Switzerland.

YB Menteri Kesihatan juga mengalu-alukan penglibatan syarikat-syarikat Basel ke Malaysia, khususnya dalam bidang penyelidikan klinikal melalui Clinical Research Malaysia atau lain-lain bidang yang melibatkan teknologi canggih.

Pelaburan baharu atau perkembangan pelaburan sedia ada adalah penting untuk meningkatkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, menjana inovasi, serta memperkaya bidang kesihatan.

Malaysia kekal terbuka kepada komuniti pelabur, perniagaan, penyelidik dan akademik yang ingin meneroka peluang yang memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

 

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-06 14:27:41 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page