MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KARNIVAL WORLD NO TOBACCO DAY (WNTD-SEGARUN) 2024 SEMPENA HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2024 DI DATARAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL).

2 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Karnival World No Tobacco Day (WNTD-SEGARUN) 2024 sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tema sambutan pada tahun ini adalah “Protecting Children from Tobacco Industry Interference” atau Lindungi Kanak-Kanak Daripada Pengaruh Industri Tembakau bertujuan memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat terhadap bahaya merokok dan pengaruh industri tembakau terutama kepada golongan remaja dan kanak-kanak.

Tema ini adalah selari dengan objektif peruntukan yang telah digariskan di bawah Artikel 5.3 Perjanjian World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) iaitu ‘protects against the tobacco industry’s attempts to dilute and weaken effective and life-saving tobacco control legislation’.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat prihatin terhadap isu merokok dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Pelbagai tindakan telah diambil bagi memastikan masalah merokok dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dapat dibendung. Perbuatan penjualan sebarang produk merokok kepada Orang Belum Dewasa adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan tegas telah diambil.

Pada tahun 2023, terdapat 26 notis kesalahan penjualan rokok kepada Orang Belum Dewasa dikeluarkan di bawah Peraturan 8(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Sehingga April 2024, terdapat dua (2) notis telah dikeluarkan bagi kesalahan yang sama. Penguatkuasaan ini akan diteruskan di bawah Akta baharu.

KKM juga telah melaksanakan Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs), kerjasama antara Kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan dan lain-lain agensi dalam memastikan premis makan adalah bersih dan bebas dari asap rokok selain melindungi orang awam terutama kanak-kanak yang menikmati makanan di kedai makan daripada terdedah kepada bahaya asap rokok.

YB Menteri Kesihatan turut meluangkan masa menyertai larian dan beramah mesra bersama peserta-peserta program.

 

#KKMPrihatin 

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-06-06 14:42:46 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page