MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI BURKINA FASO DAN AUDA - NEPAD KE KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA LAWATAN KERJA KE MALAYSIA.

4 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Professor Adjima Thiombiano, Menteri Pendidikan Tinggi, Penyelidikan dan Inovasi Burkina Faso; TYT Dr. Roger Baro, Menteri Alam Sekitar, Air dan Sanitasi Burkina Faso serta Tuan Amine Adoum, Pengarah Ekonomi, Infrastruktur, Perdagangan dan Perindustrian daripada Agensi Pembangunan Kesatuan Afrika (AUDA) - Perkongsian Baharu Untuk Pembangunan Afrika (NEPAD) yang hadir bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif.

AUDA-NEPAD ditubuhkan untuk meningkatkan impak dan kecekapan operasi Kesatuan Afrika. Ia menawarkan khidmat nasihat sokongan berasaskan ilmu kepada negara-negara anggota Kesatuan Afrika (AU) untuk menjayakan agenda pembangunan negara masing-masing.

Lawatan delegasi Burkina Faso dan AUDA-NEPAD ke Malaysia kali ini memberi tumpuan kepada pertukaran ilmu dan lawatan ke Institut Penyelidikan Perubatan untuk menyaksikan kejayaan pasukan Projek Wolbachia Malaysia yang menggunakan nyamuk Aedes aegypti yang membawa jenis genetik Wolbachia wAlbB untuk mengekang penularan virus denggi.

Nyamuk Aedes jenis ini mempunyai kapasiti lebih rendah untuk melangsungkan jangkitan virus denggi. Pasukan projek telah menjalankan kajian di beberapa lokasi dan berjaya membuktikan keberkesanan strategi ini di peringkat operasi untuk mengurangkan kadar jangkitan jangka panjang.

YB Menteri Kesihatan telah merakamkan penghargaan kepada wakil-wakil daripada pelbagai agensi di Burkina Faso yang turut hadir dan berkongsi input mereka, wakil-wakil daripada University of Glasgow (UK), University of Melbourne dan pasukan Wolbachia Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia atas sumbangan yang diberikan.

#KKMPrihatin

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-06 14:52:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page