MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SIDANG KEMUNCAK DENGGI ASIA (ADS) YANG BERTEMAKAN “TOWARDS ZERO DENGUE DEATHS: INNOVATION, COLLABORATION, ACTION IN ASIA” DI DOUBLE TREE BY HILTON, KUALA LUMPUR.

5 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah melancarkan Sidang Kemuncak Denggi Asia (ADS) yang bertemakan “Towards Zero Dengue Deaths: Innovation, Collaboration, Action in Asia” di Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur.

Sidang Kemuncak Denggi Asia merupakan platform strategik untuk para pakar bertukar idea, berkongsi pengalaman dan menjalin kerjasama dengan negara lain di mana membolehkan pendekatan baharu, iaitu kemajuan baru dalam kawalan vektor, kaedah pemodelan dan vaksin denggi dalam memenuhi matlamat WHO.

Dato Lukanisman menyatakan bahawa acara ini akan menghasilkan perbincangan yang bermanfaat dan memupuk dialog rentas sektor, akhirnya memajukan usaha kolektif dalam memerangi denggi dan melakar hala tuju ke arah matlamat aspirasi sifar kematian berkaitan denggi menjelang 2030.

Malaysia telah mencapai penurunan ketara dalam kadar kematian kes denggi daripada 0.63% pada tahun 2000 kepada 0.08% pada tahun 2023 dengan usaha dan kerjasama yang berterusan di pelbagai peringkat melibatkan pihak berkepentingan negara, negeri dan daerah.

Turut hadir bersama ialah Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pengerusi, ADVA dan Jawatankuasa Penganjur Sidang Kemuncak Denggi Asia Ke-7 2024.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-06 15:24:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page