MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELUNCURAN JELAJAH SAMBUTAN HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA DI PUTRAJAYA.

6 Jun 2024- YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan telah merasmikan Majlis Peluncuran Jelajah Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di Putrajaya.

Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan bagi melindungi kesihatan pengguna.

Tema sambutan tahun 2024, “Food Safety: Prepare for the unexpected” memfokuskan kepada kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi sebarang perkara luar jangka yang boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan makanan negara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan manakala lebih 200 penyakit di dunia adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) komited untuk memperkasakan kawalan keselamatan makanan di negara ini melalui pelbagai strategi dan intervensi termasuk pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengutamakan keselamatan makanan.

Keselamatan Makanan adalah Tanggungjawab Bersama. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan ‘Perhati dan Pilih serta Lihat Hidu dan Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mencegah keracunan makanan.

Turut hadir, YBrs. Ts. Norrani binti Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image

Kemaskini pada 2024-06-07 13:54:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page