MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UNICEF BAGI MEMBINCANGKAN POTENSI KERJASAMA ANTARA MALAYSIA DAN UNICEF DALAM SEKTOR KESIHATAN.

6 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada UNICEF yang diketuai oleh En. Robert Gass, Wakil UNICEF ke Malaysia, Cik Juanita Vasquez Escallon, Ketua Dasar Sosial, Dr. Joey Eng, Pakar Nutrisi, Dr. Shermaine Su, Pegawai Program dan Ms. Elizabeth Wong, Pegawai Perubahan Sosial dan Tingkah Laku.

Perjumpaan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan UNICEF dalam sektor kesihatan dengan penekanan khusus kepada nutrisi, kesihatan mental serta promosi kesihatan di Malaysia.

Antara yang dibincangkan termasuklah penubuhan Jawatankuasa Khas Membanteras Beban Berganda Malnutrisi dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia dan inisiatif pengukuhan tepung gandum. Selain itu, penubuhan penyelidikan kesihatan mental dalam kalangan remaja PPR semasa COVID-19 untuk menghapuskan stigma dan meningkatkan tingkah laku mencari bantuan kesihatan mental dalam kalangan remaja turut dibincangkan.

Perjumpaan sebegini membuka peluang untuk membina hubungan positif dengan UNICEF dan seterusnya bekerjasama dengan lebih erat dalam mendepani isu kesihatan di Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-06-07 14:01:41 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page