MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN BIAWAK

6 Jun 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan memulakan lawatan Jelajah Borneo di Kuching, Sarawak selama dua (2) hari dengan melawat lokasi pertama iaitu Klinik Kesihatan Biawak.

Kedatangan Dato Lukanisman disambut oleh Dr. Shermine Shanini binti Farid Patrigk, Pegawai Kesihatan yang menyelia Klinik Kesihatan Biawak. Dato Lukanisman turut dibawa melawat sekitar klinik kesihatan dan meninjau kemudahan yang disediakan di KK Biawak yang merupakan salah satu tujuan utama Jelajah Borneo.

KK Biawak terletak di Kampung Biawak yang berdekatan dengan sempadan antarabangsa antara Sarawak, Malaysia dan Kalimantan, Indonesia. Pada tahun 1980, bangunan klinik didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan mula beroperasi pada tahun 1981.

KK Biawak menyediakan perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar, perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, perkhidmatan Kecemasan, saringan kesihatan, lawatan ke rumah dan lain-lain. Dato Lukanisman mengambil kesempatan beramah mesra dengan pesakit tempatan yang sedang menunggu dan juga menyantuni petugas di KK Biawak. Selain itu, Dato Lukanisman juga dibawa meninjau ke tapak pembinaan KK Biawak yang baharu.

Turut hadir bersama ialah YB Mordi Bimol, Ahli Parlimen Mas Gading, YB Billy Sujang, ADUN Opar, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Johnny Pangkas, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-07 14:08:28 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page