MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL LUNDU SARAWAK

6 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyambung Jelajah Borneo di Kuching pada hari pertama di lokasi kedua, iaitu Hospital Lundu, Sarawak.

Hospital Lundu yang berusia 59 tahun telah dibuka secara rasminya pada Oktober 1965. Hospital ini memberi perkhidmatan perubatan kepada semua warga daerah Lundu yang mempunyai kira-kira 35,000 penduduk.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Hospital Lundu ialah Perkhidmatan Pesakit Luar dan Dalam, Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma, Perkhidmatan Kepakaran atas lawatan dan juga Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

YB Dato Lukanisman telah dibawa melawat ke Jabatan Patologi Hospital Lundu, Wad Umum Lelaki dan Wad Umum Perempuan serta meluangkan masa menyantuni petugas kesihatan dan juga beramah mesra dengan pesakit yang sedang menunggu giliran mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Lundu.

Lawatan kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan bertujuan memantau fasiliti-fasiliti kesihatan di Sarawak bagi memastikan mutu dan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri-negeri Borneo dapat ditambah baik.

Turut hadir bersama ialah YB Mordi Bimol, Ahli Parlimen Mas Gading, YB Billy Sujang, ADUN Opar, YB Azizul Annuar bin Adenan, ADUN Tanjung Batu, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Chin Shi How, Pengarah Hospital Lundu.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-07 14:22:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page