MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) SEMPADI DI LUNDU, SARAWAK.

6 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyambung Jelajah Borneo di Kuching pada hari pertama di lokasi ke-3, iaitu Klinik Kesihatan (KK) Sempadi di Lundu, Sarawak.

KK Sempadi telah berusia 33 tahun dan mula beroperasi sejak tahun 1989. KK ini telah memberikan perkhidmatan kesihatan kepada populasi penduduk seramai 1,121 orang dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 30 orang.

Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan ialah Perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Rawatan Kecemasan, Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Pemeriksaan Kesihatan, Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga dan lain-lain.

Dato Lukanisman turut meninjau kemudahan yang disediakan di KK Sempadi serta berkesempatan beramah mesra dengan pesakit dan juga petugas kesihatan bagi memberikan semangat dan penghargaan kepada petugas kesihatan yang bertugas di kawasan pendalaman. Walaupun dengan kemudahan yang terhad, perkhidmatan yang berkualiti dan berterusan telah diberikan kepada rakyat khusus pada kawasan pendalaman demi memastikan kesihatan rakyat terjaga.

Turut hadir bersama ialah YB Mordi Bimol, Ahli Parlimen Mas Gading, YB Billy Sujang, ADUN Opar, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Asna Hidaya Mohammed Ameen, Pegawai Kesihatan yang menjaga Klinik Kesihatan Sempadi.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-07 14:28:49 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page