MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) STOH, LUNDU, SARAWAK.

6 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengakhiri Lawatan Jelajah Borneo di Kuching pada hari pertama di lokasi ke-4, iaitu Klinik Kesihatan (KK) Stoh, Lundu, Sarawak.

YB Dato Lukanisman dan delegasi lawatan telah diberi taklimat ringkas oleh Dr. Nur Sabrina binti Ishak, Pegawai Kesihatan yang menyelia KK Stoh.

KK Stoh mula beroperasi sejak tahun 1982 dan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 2,513 orang penduduk sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 30 orang sehari.

YB Dato Lukanisman telah meluangkan masa untuk meninjau keadaan fasiliti dan kemudahan yang disediakan di KK tersebut di samping beramah mesra dan menyantuni warga kerja di KK Stoh.

Turut hadir, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Dr. Johnny Pangkas, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-07 14:35:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page