MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) SAMBIR, SAMARAHAN, SARAWAK.

7 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah memulakan Jelajah Borneo di Kuching pada hari kedua ke lokasi pertama iaitu Klinik Kesihatan (KK) Sambir, Samarahan, Sarawak.

KK Sambir berusia 49 tahun dengan berstruktur kayu dan telah mula beroperasi pada tahun 1975.

KK Sambir memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 9,045 orang penduduk di sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 100 orang sehari. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah Jabatan Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Anak, Perkhidmatan Farmasi, Perkhidmatan Funduscopy dan lain-lain.

YB Dato Lukanisman dibawa melawat ke kuarters petugas, bilik pengambilan darah, bilik konsultasi, bilik Ultrasound, bilik rawatan dan farmasi KK Sambir serta beliau sempat meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan klinik dan pesakit yang sedang menunggu perkhidmatan kesihatan di KK Sambir.

Delegasi lawatan telah diberi taklimat ringkas oleh YBrs. Dr. Ahmad Amirul Hakim bin Zakaria, Pegawai Perubatan yang menyelia KK Sambir. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-06-10 13:24:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page