MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN BAYAN LEPAS.

7 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke negeri Pulau Pinang.

Lawatan dimulakan dengan fasiliti kesihatan yang pertama iaitu Klinik Kesihatan Bayan Lepas yang telah mula beroperasi pada tahun 1976.

Klinik Kesihatan yang berusia hampir 60 tahun ini menyediakan perkhidmatan kesihatan seperti Perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Ibu dan  Anak, Perkhidmatan Sokongan dan Klinik Gigi.

Terdapat empat (4) klinik desa yang terletak di dalam kawasan operasi KK Bayan Lepas, iaitu:

· Klinik Desa Permatang Damar Laut

· Klinik Desa Sungai Batu

· Klinik Desa Teluk Kumbar

· Klinik Desa Gertak Sanggul

KKM amat menitikberatkan pembangunan fasiliti-fasiliti kesihatan kepada yang lebih baik bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang kondusif dan selesa.

Turut hadir, YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Azrul Mahathir Bin Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Merangkap Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang, YB Dato' Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik, Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R.Arunasalam, Ahli Dewan Negara, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM, YBrs. Dr. Shameni Sunasundram, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-06-10 13:31:04 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page