MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) AIR PUTIH

7 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja rasmi beliau ke Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih, bagi menyempurnakan majlis perasmian klinik tersebut.

Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih, Balik Pulau telah disiapkan sepenuhnya pada 31 Oktober 2023 dan telah diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada KKM pada 5 Januari 2024.

Klinik ini telah mula beroperasi pada 26 Februari 2024 bagi menggantikan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Air Putih sedia ada yang tidak lagi dapat menampung keperluan perkhidmatan kesihatan pada masa ini.

Klinik Kesihatan Air Putih yang baharu ini menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh meliputi Rawatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Kesihatan Ibu Dan Anak, Klinik Pergigian, Rawatan Kecemasan, Perkhidmatan Farmasi, Makmal Perkhidmatan Diagnostik dan perkhidmatan sokongan lain. Klinik kesihatan yang baharu ini mampu menampung kapasiti sehingga 500 pesakit sehari.

Selaras dengan pengoperasian klinik ini, perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar di Hospital Balik Pulau telah ditutup dan dipindahkan ke Klinik Kesihatan Air Putih. Susulan perpindahan tersebut, perkhidmatan di Hospital Balik Pulau ditambah baik melalui pengoperasian Klinik Pakar melibatkan 15 bidang kepakaran, yang ditawarkan di ruang asal Jabatan Pesakit Luar.

Diharapkan agar dengan pembinaan klinik kesihatan yang baharu ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit serta ruang kerja yang selesa bagi petugas-petugas kesihatan klinik ini.

Turut hadir, YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Azrul Mahathir Bin Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Merangkap Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang, YB Dato' Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik, Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato’ Seri R.Arunasalam, Ahli Dewan Negara, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM, YBrs. Dr. Shameni Sunasundram, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-06-10 14:32:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page