7 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan seterusnya ke Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bagi menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Fasiliti Kesihatan Negeri Pulau Pinang bersama warga Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan perkembangan projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dan yang berada dalam perancangan bagi memastikan kelancaran gerak kerja.
Mesyuarat ini juga menjadi platform kepada Ahli Parlimen yang dijemput atau wakilnya untuk mengutarakan pandangan, cadangan dan buah fikiran dalam menambahbaik kemudahan dan perkhidmatan fasiliti kesihatan negeri ini.
KKM berharap agar kerjasama dan komitmen ini dapat dikekalkan daan menjadi tunjang dalam memantapkan lagi perkhidmatan sektor kesihatan buat masyarakat setempat.
Turut hadir, YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Azrul Mahathir bin Aziz, ADUN Bayan Lepas (merangkap Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang), YB Kumaran Krishnan, ADUN Bagan Dalam (wakil Ahli Parlimen Bagan), YB Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R.Arunasalam, Ahli Dewan Negara, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBrs. Ir. Hjh. Rohaya Abdul Mois, Jurutera Awam Penguasa Kanan, menjalankan tugas Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, JKR, YBrs. Dr. Shameni a/p Sunasundram, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Pegawai-pegawai kanan KKM dan JKR serta wakil-wakil kepada Ahli Parlimen.
Kemaskini pada 2024-06-10 14:53:09 daripada UKK Norhanita