MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) SADONG JAYA, SARAWAK.

7 Jun 2024- Lawatan Jelajah Borneo di Kuching pada hari kedua oleh YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, diteruskan dengan berkunjung ke fasiliti ke-2, iaitu Klinik Kesihatan (KK) Sadong Jaya, Sarawak.

KK Sadong Jaya telah mula beroperasi sejak Julai 1974. Pada tahun 2010, klinik tersebut telah dinaik taraf dengan penambahan bangunan Unit Kesihatan Ibu dan Anak. KK tersebut memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 11,517 orang penduduk di sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 130 hingga 150 orang sehari.

Ketika lawatan di KK Sadong Jaya, YB Dato Lukanisman dan delegasi telah diberi taklimat oleh Dr. Siti Hasmah binti Jamil, pegawai kesihatan yang menguasa di KK Sadong Jaya. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah Unit Penjagaan Kesihatan Primer, Perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Farmasi, Unit Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Expanded Scope dan lain-lain.

YB Dato Lukanisman Lukanisman meninjau sekitar klinik dengan melawat ke Bilik Konsultasi, Unit Farmasi, Bilik Pengurusan Makmal, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Bilik Pegawai Perubatan, Bilik Bersalin dan Kuarters petugas kesihatan.

Turut hadir bersama ialah YB Rodiyah Binti Sapiee, Ahli Parlimen Batang Sadong dan YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-10 15:02:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page