MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK (KKIA) SIMUNJAN BANDAR, SARAWAK

7 Jun 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan Jelajah Borneo pada hari kedua dengan melawat lokasi ke-3, iaitu Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Simunjan Bandar, Sarawak pada sebelah petang.

KKIA Simunjan Bandar telah beroperasi sejak 28 tahun yang lalu pada Januari 1998. KKIA ini telah dinaik taraf kepada bangunan berstruktur konkrit pada tahun 2009. Fasiliti ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 11,355 orang penduduk sekitar dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 60 orang sehari.

Antara perkhidmatan yang disediakan di KKIA ini ialah Program Kesihatan Ibu dan Anak, Program Perkhidmatan Kesihana Sekolah (Pemberian Vaksinasi/ HPV dan Saringan Thalasemia), Program Perkhidmatan Doktor Udara, Program Out-Reach Komuniti dan lain-lain.

YB Dato Lukanisman telah meluangkan masa untuk meninjau kemudahan yang disediakan di sekitar KKIA Simunjan Bandar termasuk kuarters petugas kesihatan di samping beramah mesra dan menyantuni warga kerja KKIA Simunjan Bandar. Dato Lukanisman menyatakan bahawa kuarters yang kondusif amat penting bagi petugas kesihatan dan secara langsung akan meningkatkan mutu penyampain perkhidmatan kesihatan.

Turut hadir bersama ialah YB Puan Rodiyah Binti Sapiee, Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Encik Awla bin Dris, ADUN Simunjan dan YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-06-10 15:08:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page