MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) GEDONG, SIMUNJAN, SARAWAK.

7 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengakhiri Jelajah Borneo di Kuching ke fasiliti terakhir, iaitu Klinik Kesihatan (KK) Gedong, Simunjan, Sarawak.

KK Gedong berstruktur kayu kini berusia 44 tahun dan telah ditubuhkan sejak tahun 1980. Pada tahun 2023, bangunan tambahan baru bagi Klinik Ibu dan Anak telah siap dibina dan telah mula beroperasi. KK Gedong ini memberi perkhidmatan kesihatan kepada populasi 23,003 penduduk dengan purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 80 hingga 100 orang sehari.

YB Dato Lukanisman dan delegasi lawatan telah diberi taklimat ringkas oleh Dr. Meera Nookkaloo, Pegawai Perubatan yang menguasa KK Gedong. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah jabatan pesakit luar, Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Unit Farmasi, Rawatan Kecemasan, Kesihatan Mental dan lain-lain.

Dato Lukanisman turut melawat dan meninjau keadaan kuarters, bilik Rawatan dan Kecemasan, bilik Doktor, bilik Pemeriksaan, bilik Penyusuan dan bilik Immunisasi. YB Dato Lukanisman juga meluangkan masa beramah mesra bersama warga kerja KK Gedong.

Turut hadir bersama ialah YB Puan Rodiyah Binti Sapiee, Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Dato Sri Hj Naroden bin Hj Majais, Penasihat Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa, Industri & Pelaburan merangkap wakil khas kepada ADUN Gedong, Tuan Haji Tamida bin Haji Da’adi, Pegawai Daerah Gedong dan YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-10 15:47:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page