MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 1.0 PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN 2024 DI TITIWANGSA, KUALA LUMPUR .

8 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Denggi Asean 2024 di Titiwangsa, Kuala Lumpur .

Program ini merupakan anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Setia Wira.

Ia bertujuan untuk membuktikan komitmen bersepadu serta mewujudkan platform advokasi pelbagai pihak termasuk dalam kalangan masyarakat untuk meneruskan usaha membanteras denggi secara berterusan.

Antara usaha bersepadu KKM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia yang bermula sejak 2020.

Kem Kementah, Desa Setia Wira secara khususnya telah dipilih sebagai lokaliti pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia yang merupakan satu-satunya lokaliti di bawah MINDEF.

Pemantauan projek menunjukkan sebanyak 87% penurunan kes telah dicatatkan berbanding sebelum pelaksanaan pelepasan. Kejayaan ini bukti usaha dan

kerjasama yang baik daripada komuniti bersama KKM.

KKM berharap agar semua lapisan masyarakat menjaga kesihatan diri dan juga kebersihan persekitaran bagi mengelak dari jangkitan penyakit.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ (Dr.) Zulkefli bin Mat Jusoh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM dan YBrs. Dr. Nor'Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-10 16:27:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page