MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) DI WATERFRONT PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

8 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BebAs) di Waterfront Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya “BeBAs” ini merupakan kesinambungan kepada program pertama yang dilaksanakan di Jalan Alor, Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 17 Februari 2024.

Program ini merupakan kerjasama antara pengusaha premis makanan dengan agensi Kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional, dan badan bukan Kerajaan (NGO) dalam menitikberatkan konsep pemerkasaan masyarakat bagi memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi.

Seterusnya, sesi walkabout di sepanjang Persiaran Waterfront Port Dickson dijalankan bersama pengiktirafan premis “Bersih dan Selamat” (BeSS) yang dianugerahkan kepada enam (6) premis yang terpilih.

Program Walkabout BeBAs ini adalah komitmen Kerajaan melalui KKM kepada agenda kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Turut hadir ialah YB Tengku Hajah Zamrah binti Tengku Sulaiman Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi Pemadam Negeri Sembilan, YBrs. Ts. Norrani binti Eksan, Pengarah Kanan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, YBhg. Dato' Dr. Harlina binti Abdul Rashid Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Pegawai Daerah Port Dickson, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Persekutuan dan Negeri, Wakil - Wakil Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-11 08:45:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page