MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) SIRI 1 (DAERAH LUNDU) DAN SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN BAHAGIAN KUCHING 2024 DI KAMPUNG PUEH, SEMATAN.

8 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengiringi YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Siri 1 (Daerah Lundu) dan Sambutan Hari Denggi Asean Bahagian Kuching 2024 di Kampung Pueh, Sematan.

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) adalah pakej SIHAT SEPANJANG HAYAT bagi MANFAAT rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. ANMS menggunakan pendekatan “Whole of Nation” iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh.

Manakala sambutan Hari Denggi ASEAN yang disambut 15 Jun setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada umum tentang ancaman demam denggi kepada manusia. Sehubungan itu, aktiviti kawalan denggi perlu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan efektif bagi menggelakkan kes denggi terus meningkat

Dato Lukanisman menyeru orang ramai jika mempunyai tanda-tanda penyakit Denggi seperti demam kuat yang mengejut, demam berlarutan, ruam merah pada kulit, sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata, dan pendarahan di bawah kulit serta gusi segera menjalani pemeriksaan dan rawatan di klinik-klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.

Turut hadir YB Azizul Annuar bin Adenan, ADUN Tanjung Batu, YB Billy Sujang, ADUN Opar, Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Johnny Pangkas, Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching dan En Eran Anak Suut, Ketua Kaum Bantang Nek Bujur Pueh, Kampung Pueh.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-11 08:58:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page