MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT SEMPENA PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) DI PORT DICKSON.

9 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Perbincangan Meja Bulat Sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BebAs) di Port Dickson.

Sesi ini memberikan platform kepada Persatuan Penjaja Port Dickson dan Persatuan Hotel Negeri Sembilan untuk menyalurkan sebarang pertanyaan mahupun pandangan dalam pelaksanaan penguatkuasaan Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs).

YB Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau menyatakan bahawa kerjasama NGO akan dipergiatkan bagi mewartakan dan mempromosikan Port Dickson sebagai ‘smoke-free zone’.

Turut hadir ialah YB Tengku Hajah Zamrah binti Tengku Sulaiman Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi Pemadam Negeri Sembilan, YBrs. Ts. Norrani binti Eksan, Pengarah Kanan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, YBhg. Dato' Dr. Harlina binti Abdul Rashid Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Pegawai Daerah Port Dickson, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Persekutuan dan Negeri, Wakil - Wakil Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-11 09:05:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page