MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2023 DAN JASAMU DIKENANG TAHUN 2024 DI DEWAN JUBLI PERAK, SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN, PAHANG.

10 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan dan menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 dan Jasamu Dikenang Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan 1,463 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 134 orang pesara atas segala jasa dan bakti dalam menyumbang tenaga dan keringat kepada perkhidmatan awam dan perkhidmatan kesihatan khususnya.

Dalam ucapan beliau, YB Timbalan Menteri Kesihatan turut merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang atas usaha menjayakan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) bagi tahun 2023 di mana sebanyak 84,346 penduduk Pahang telah berjaya disaring melalui saringan myVas dan PeKa B40, melebihi sasaran yang ditetapkan. Bagi tahun 2024 pula, bermula 1 Januari sehingga 30 April, negeri Pahang telah berjaya menyaring seramai 63,217 penduduk Pahang.

Di samping itu, JKN Pahang juga telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan di mana seramai tiga (3) orang ahli Kumpulan Inovasi dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Pahang telah menyertai International Convention for Quality Control Circle di Beijing, China pada tahun 2023 dan berjaya melakar kejayaan dengan memenangi Gold Award dan tempat kedua dalam konvensyen tersebut.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Rusdi bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-06-11 09:40:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page