MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) SUNGAI ULAR DI MUKIM SUNGAI KARANG, KUANTAN PAHANG.

10 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Klinik Kesihatan (KK) Sungai Ular di Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang. KK Sungai Ular ini merupakan fasiliti kesihatan pertama yang dilawat beliau dalam lawatan selama dua (2) hari di Kuantan, Pahang.

KK Sungai Ular yang terletak di Kampung Sungai Ular ini asalnya adalah sebuah Klinik Desa yang dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan dan pengoperasian KK ini bermula pada tahun 2004. Pada 12 Jun 2023, KK ini juga telah dinaik taraf hasil sumbangan dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri (Majlis Ugama Islam Pahang, MUIP) bagi menyediakan Pusat Bersalin KK Sungai Ular.

Kawasan pengoperasian KK Sungai Ular meliputi bandar Gebeng hingga ke Sungai Baging serta meliputi Kampung Sungai Ular, Kampung Sungai Ular Darat, Kampung Sungai Ular Pantai, Kampung Sungai Ular Seberang, Gebeng Batu 20, Darat Jering dan empat taman perumahan yang melibatkan seramai 12,339 orang penduduk.

Purata kedatangan harian pesakit di KK Sungai Ular pada tahun 2021 ialah seramai 112 orang. Fasiliti kesihatan terdekat ialah Klinik Kesihatan Balok dan Hospital rujukan bagi KK ini adalah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Rusdi Bin Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-11 09:50:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page