MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN TAMBAHAN 11 TINGKAT, HOSPITAL PAKAR AVISENA, SHAH ALAM.

10 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan 11 Tingkat, Hospital Pakar Avisena, Shah Alam.

Bangunan tambahan yang dijangka akan siap dan mula beroperasi menjelang 2027 ini akan menempatkan sebanyak 275 katil, 35 sub-kepakaran, 80 suite pakar, 10 teater pembedahan termasuk satu teater pembedahan hibrid dan perkhidmatan onkologi yang komprehensif.

Pembinaan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti Hospital Pakar Avisena dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang lebih luas, sejajar dengan inisiatif 'Public-Private Partnership' (PPP) kerajaan untuk mengukuhkan akses penjagaan kesihatan di seluruh negara.

Hospital Pakar Avisena bersedia untuk meningkatkan 'Centres of Excellence' yang akan merangkumi bidang seperti Kardiologi, Diabetes, Endokrinologi dan Metabolisme (ADEM), Ortopedik (Trauma dan Tulang Belakang) dan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Unit khusus ini akan meningkatkan keupayaan hospital dalam menyediakan penjagaan lanjutan dalam bidang perubatan kritikal.

YB Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau berkata penawaran perkhidmatan penjagaan yang holistik yang bersifat 'preventive dan promotive' dengan dibantu oleh teknologi terkini yang menyeluruh serta mampan dan mampu biaya akan membantu untuk meningkatkan natijah kesihatan atau 'health outcome'.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Avisena Healthcare, YBrs. Dr Razman Abd Karim, Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar Avisena, Shah Alam dan YBhg. Dato' Dr Abdul Rahman bin Mohd Ali, Pengarah Perubatan Hospital Pakar Avisena, Shah Alam.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-11 09:57:28 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page