MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE WELLNESS HUB PEKAN, PAHANG

11 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Wellness Hub Pekan, Pahang. Lawatan ini merupakan lawatan kerja julung kali oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan ke Wellness Hub Pekan.

Wellness Hub merupakan sebuah Pusat Sehentian ('One-Stop Centre') yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat. Usaha ini juga menyokong Kertas Putih Kesihatan ('Health White Paper', HWP) di bawah Tonggak 2 iaitu mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit dan ini seiring dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) untuk melahirkan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat.

Wellness Hub Pekan ini telah mula beroperasi sejak tahun 2021 dan menerima seramai 25 orang pelanggan secara purata setiap hari. Wellness Hub ini juga dikendalikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama unit-unit di Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Pergigian Daerah, Hospital dan rakan strategik.

Sepanjang lawatan, beliau telah diberi penerangan mengenai pengoperasian Wellness Hub Pekan. Antara aktiviti yang berlangsung semasa sesi lawatan ini ialah saringan kesihatan bersama komuniti, demonstrasi penggunaan peralatan gim, Perkhidmatan Berhenti Merokok, sesi senaman bersama warga emas, resilien remaja (ekspresi terapi), aktiviti psikososial komuniti, rawatan pergigian, 'My Green Hands' dan taklimat pusat aktiviti MyChampion Pahang oleh Pengerusi MyChampion Pahang.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Timbalan-timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Pegawai Kesihatan Daerah Pekan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-12 11:06:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page