MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN SEDUNIA ('WORLD OSH DAY') DI HOSPITAL SUNGAI BULOH.

11 JUN 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Sambutan Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sedunia ('World OSH Day') di Hospital Sungai Buloh.

Sambutan tahunan yang disarankan oleh International Labour Organisation (ILO) ini, disambut pada 28 April setiap tahun di seluruh dunia.

Tema tahun 2024, 'Shaping the Future of OSH Excellence in Healthcare Industries' menekankan kepentingan membina budaya keselamatan yang lebih mantap dalam industri kesihatan dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko pekerjaan, mendorong penggunaan teknologi baru dan prosedur yang lebih baik serta memastikan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beroperasi dalam persekitaran yang selamat dan sihat.

Sejak tahun 2004, KKM telah menjalankan surveilan notifikasi kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan dalam kalangan anggotanya.

Bagi tahun 2023, sebanyak 1,915 kes kecederaan alatan tajam, 2,666 kes kemalangan di tempat kerja, 62 kes keracunan pekerjaan, 36 kes hilang pendengaran akibat bunyi bising, 186 kes penyakit kulit pekerjaan, 323 kes penyakit paru-paru pekerjaan dan 122 kes penyakit pekerjaan lain-lain telah dilaporkan.

Sehubungan itu, pelbagai langkah kawalan dan penambahbaikan telah diambil dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi melindungi anggota KKM daripada pendedahan kepada hazad fizikal, biologi, kimia, ergonomik dan psikososial di tempat kerja.

Kesedaran ini perlu diterapkan di semua peringkat, dari pengurusan tertinggi hingga pekerja di lapangan. Dengan usaha berterusan dan komitmen padu dari semua pihak, persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif untuk semua anggota KKM dapat diwujudkan.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), YBhg. Dato' Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Dr Jasmeet Singh Sucha Singh, Pengarah Hospital Sungai Buloh.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-12 11:14:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page