MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) DAN KLINIK PERGIGIAN BANDAR PEKAN, PAHANG.

11 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Pergigian Bandar Pekan, Pahang.

Klinik Kesihatan Bandar Pekan (KKBP) yang terletak di Pusat Bandar Di-Raja Pekan merupakan sebuah KK yang beroperasi di bangunan Hospital Pekan lama. KKBP mula beroperasi pada tahun 2010 selepas Hospital Pekan berpindah ke fasiliti baharu.

Klinik ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada kira-kira 37,510 orang populasi penduduk di sekitarnya dan turut menyelia satu (1) Klinik Komuniti iaitu KKOM RTC Kuala Pahang dan lima (5) Klinik Desa (KD) iaitu KD Kg Marhum, KD Kuala Pahang, KD Pulau Jawa, KD Sg Miang dan KD Pasir Panjang.

KKBP juga menerima kedatangan pesakit sekitar 200 kes sehari bagi kes pesakit luar, 150 kes sehari bagi kes kesihatan ibu dan anak, 80 kes sehari bagi pergigian dan 60 kes sehari bagi KKOM.

Di samping itu, bagi Klinik Pergigian Bandar Pekan pula siap dibina dan mula beroperasi sekitar tahun 1969. Klinik ini memberi perkhidmatan kepada pesakit luar termasuk ibu mengandung, kanak-kanak, warga emas serta 19 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan sekitar. Pada tahun 2023, seramai 27,500 orang pesakit telah dirawat di Klinik Pergigian Bandar Pekan.

Rawatan pakar yang melibatkan Kepakaran Pergigian Ortodontik diberikan secara sepenuh masa manakala perkhidmatan Kepakaran Pergigian Restoratif, Periodontik dan Pergigian Pediatrik turut diberikan secara lawatan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Pegawai Kesihatan Daerah Pekan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-12 11:38:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page