MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) KAMPUNG TEMAI, PAHANG

11 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Kampung Temai, Pahang.

KK Kampung Temai adalah KK Jenis 7 yang dinaiktaraf daripada Klinik Desa Temai akibat kerosakan disebabkan oleh banjir. KK ini mula dibina pada 24 Jun 2019 dan telah siap sepenuhnya pada 28 Mei 2022. Pengoperasian KK ini bermula secara rasmi pada 1 Julai 2022.

KK Kampung Temai ini memberi perkhidmatan kesihatan kepada 1,360 orang penduduk dengan purata kedatangan harian seramai 20 orang. Fasiliti kesihatan yang terdekat bagi kawasan ini adalah Klinik Kesihatan Padang Rumbia (3 km), Hospital Pekan (20 km) dan Klinik Kesihatan Bandar Pekan (22 km).

KK Kampung Temai merupakan satu-satunya KK di daerah Pekan dilengkapi dengan sistem pendigitalan primer TPC-OHCIS.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Pegawai Kesihatan Daerah Pekan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-12 11:53:58 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page