MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK DESA (KD) PAYA PASIR, MARAN, PAHANG.

11 Jun 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Desa (KD) Paya Pasir, Maran, Pahang.

Bangunan KD Paya Pasir, Maran telah siap dibina dan mula beroperasi sekitar tahun 1970. Klinik ini dibina menggunakan struktur kayu sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pada tahun 2014 dan 2021, bangunan klinik ini pernah ditenggelami banjir.

KD ini merupakan antara klinik yang tersenarai dalam projek naik taraf klinik daif pada tahun 2023. Penaiktarafan telah berjaya dilaksanakan melibatkan penukaran dinding klinik daripada dinding kayu kepada dinding batu yang siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2023.

KD Paya Pasir menyediakan perkhidmatan kepada ibu mengandung, kanak-kanak, perancang keluarga dan juga klinik pesakit luar.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang dan Pegawai Kesihatan Daerah Pekan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-12 12:00:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page