MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2023

12 Jun 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor Tahun 2023 di Bangi, Selangor.

Tema “Kecemerlangan Modal Insan, Memacu Negara MADANI” dipilih mencerminkan pembentukan sumber manusia berkapasiti tinggi dalam kalangan penjawat awam melalui pendedahan kepada pelbagai program modal insan untuk memberikan mutu perkhidmatan yang unggul kepada rakyat.

YB Dato Lukanisman mengucapkan tahniah kepada 2,455 penerima anugerah yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred jawatan. Beliau berharap agar petugas kesihatan akan terus menabur bakti tanpa rasa jemu dan berusaha untuk sentiasa cemerlang serta mengungguli prestasi.

Dalam ucapan, beliau turut mengucapkan tahniah kepada JKN Selangor atas kemenangan menduduki tempat ketiga Kempen Go Cashless bagi kategori jumlah transaksi melebihi 50,000 sebulan dan anugerah khas mencatatkan transaksi terimaan tanpa tunai melebihi satu juta sepanjang kempen mulai Jun 2023 sehingga November 2023.

KKM telah melaksanakan terimaan bayaran tanpa tunai di semua fasiliti KKM mulai Oktober 2022 dalam usaha untuk memupuk budaya bayaran tanpa tunai dalam kalangan pembayar dan fasiliti KKM.

Turut hadir, YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-13 11:38:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page