14 Jun 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penutup Chemical Incident Preparedness for Hospital (HOSPREP) 2024 di Selayang.
Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesiapsiagaan doktor dan paramedik dalam menghadapi insiden kimia di hospital. Selain itu, peserta juga dapat memahami kesan toksikologi sebagai agen senjata kimia serta dapat meningkatkan kesediaan petugas kesihatan dalam mengharungi situasi berbahaya dengan cekap.
YB Timbalan Menteri Kesihatan yakin bahawa melalui kursus ini para peserta telah dilengkapi dengan kepakaran untuk mengenal pasti dan mengurus risiko pendedahan kepada bahan kimia.
Kursus ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi iaitu National Institute of Health (NIH), Malaysian Technical Cooperation (MTCP), National Authority Chemical Weapons Convention (NACWP) dan Hospital Selayang. Selain peserta dari seluruh Malaysia, kursus ini juga dihadiri oleh peserta yang merupakan Pegawai Perubatan dan Paramedik dari Brunei, Indonesia, Timor Leste, Palau, Vietnam, Mongolia dan Maldives.
Turut hadir, YBrs. Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang dan YBrs. Tuan Devrin Jeck, Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri.
Kemaskini pada 2024-06-14 16:17:07 daripada UKK Norhanita